CARDIFF – Seorang pemandu mabuk memecut keretanya dari arah bertentangan di sepanjang lebuh raya M4 sejauh 48.28 kilometer (km) di persimpangan Cardiff Barat, lapor portal berita MailOnline semalam.
Pemandu-pemandu kenderaan lain yang ketakutan kemudian bertindak untuk mengelak daripada berlanggar dengan kereta tersebut pada 28 November lalu.
Pemandu itu, James Brennan yang kehilangan saudara kandungnya sendiri dalam kemalangan kereta ketika remaja telah tiga kali memandu melebihi had memandu minum alkohol yang dibenarkan undang-undang.
Dia ditangkap polis selepas hampir terlibat dalam beberapa kemalangan, Mahkamah Mahkota Swansea diberitahu baru-baru ini.
Polis menerima beberapa laporan mengenai kereta Renault Megane berwarna perak menghala ke arah barat di lebuh raya M4, berhampiran persimpangan Cardiff Barat dengan dipandu dari arah bertentangan.
Sebelum kejadian, Brennan telah minum bir di Doom Bar, Guinness dan bir Brew di Wetherspoons.
Bagaimanapun, selepas menghukum lelaki itu dengan hukuman setahun penjara, seorang hakim berkata, beliau tidak tahu bagaimana Brennan masih hidup setelah memandu kereta melawan arus. – Agensi