fbpx

Polis Thai tawar wang tunai untuk video kesalahan lalu lintas ‘terbaik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan bas merah jambu bersaing dengan tuk-tuk, kereta dan motorsikal untuk mendapatkan ruang di jalan raya Bangkok. - AFP

BANGKOK – Polis Thailand mengambil pendekatan alternatif untuk kempen keselamatan jalan raya tahunan mereka dengan menawarkan hadiah wang tunai 10,000 baht (RM1,276) untuk video perlanggaran lalu lintas terbaik atau paling teruk, lapor portal berita The Guardian semalam.

Kira-kira 22,000 orang mati dalam kemalangan jalan raya di Thailand pada setiap tahun sekali gus antara kadar kematian terburuk di dunia. 

Pada minggu pertama tahun baharu yang dikenali sebagai tujuh hari berbahaya oleh penduduk tempatan, merekodkan lonjakan terbesar kesalahan lalu lintas apabila ramai orang ramai memandu laju di seluruh negara.

Seramai 333 orang maut dan 2,672 lagi cedera antara 29 Disember dan 4 Januari tahun lalu dan pada 2022, sejumlah 14,501 orang telah meninggal dunia selain 917,144 mangsa cedera di jalan raya.

Melancarkan kempen keselamatan itu, Ketua Polis Thailand, Damrongsak Kittiprapas memberitahu pemberita bahawa kira-kira 7.3 juta kenderaan dijangka bergerak di jalan raya sepanjang tempoh tahun baharu.

Kempen itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya dan mengurangkan jumlah kemalangan tetapi beberapa respons mengkritiknya kerana menggalakkan orang ramai melakukan aksi atau merakamkan filem semasa memandu.

“Daripada yang saya baca, ia boleh menjadi bentuk kempen keselamatan jalan raya yang berisiko tinggi jika tingkah laku lalu lintas buruk atau tidak selamat diberikan masa siaran (dipertontonkan) atau jika ia menggalakkan pasangan pemandu mengatur dengan membuat pelanggaran untuk dirakamkan,” kata Phillip Jordan iaitu seorang jurutera keselamatan jalan raya antarabangsa dari Australia.

“Hanya di Thailand akan ada pertandingan sebegitu dan polis sebagai hakim,” tulis seorang pengguna Twitter manakala di Facebook pula ada yang menganggapnya sebagai idea otak kelinci (haiwan seperti arnab).

Bagaimanapun, Mark Ritchie iaitu Pengarah Eksekutif Institut Kajian Pembangunan Lestari Antarabangsa Thailand, berkata beliau dapat melihat inisiatif itu menjadi popular. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI