fbpx

Ibu bapa jangan panik isu tambang bas sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Murid-murid akan memulakam sesi persekolahan baharu pada Mac tahun depan.

PETALING JAYA – Isu tambang bas tidak sepatutnya lagi menjadi perdebatan antara ibu bapa dan pihak pengusaha bas atau van sekolah.

Presiden Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia, Mohd. Rofik Mohd. Yusof berkata, ia berikutan keputusan deregulasi tambang bas sekolah telah ditetapkan pihak berwajib sebelum ini.

“Ini bermakna masih ada peluang dan ruang perbincangan antara ibu bapa dan pengusaha sebelum persetujuan kadar caj dilakukan.

“Kalau ibu bapa rasa pengusaha ni terlampau tinggi kenakan tambang, ibu bapa masih ada ruang dan peluang untuk berurusan dengan pengusaha lain yang boleh bertolak ansur,” katanya.

Dalam masa sama katanya, ibu bapa juga perlu maklum akan peningkatan kos operasi dari masa ke masa yang terpaksa ditanggung pengusaha.

Berita berkaitan: Ibu bapa mengamuk bayar tambang bas sekolah RM300

“Kos memang meningkat tapi kita juga ada formulanya. Saya ada minta dengan rakan-rakan pengusaha seluruh negara supaya tambang ni perlu di­bincang dahulu dengan ibu bapa.

“Jangan kita sensasikan lagi isu tambang ni sebab ibu bapa rasa masih boleh bincang dengan pengusaha dan saya percaya rata-rata pengusaha bersikap bertolak ansur.

“Ibu bapa jangan melenting dulu, bincang elok-elok sebab kenaikan tu mesti ada sebab kukuh dan biasanya akan dijelaskan pengusaha. Biasanya sebab kos operasi yang mening­kat,” katanya.

Selain itu katanya, ada juga pengusaha yang berdepan dengan isu pekerja yang mengenakan bayaran tinggi kepada mereka.

“Rata-rata masalah pengusaha ni ialah isu pemandu yang terlalu ‘demand’. Kalau pengusaha ni ada lebih dari satu van sekolah ni mungkin dia pakai pekerja iaitu pemandu tapi terlampau ‘demand’ gaji dalam pasaran.

“Dulu boleh bayar dalam RM1,200 ke RM1,500 sekarang rata-rata pemandu bas pa­ling tidak cecah RM2,500 ke RM3,000, baru nak kerja. Sebab tu ada pengusaha terpaksa naik­kan kadar tambang bagi memenuhi kos operasi,” katanya.

Bagi ibu bapa yang tidak mampu atau memiliki lebih daripada seorang anak bersekolah pula katanya, maklumkan dan perlu juga perbincangan dengan pihak pengusaha untuk pertimbangan.

“Bagi yang rasa mahal boleh bincang, jangan panik atau melenting dulu,”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI