fbpx

Inap desa di utara Selangor diserbu pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mula beralih ke lokasi tumpuan percutian lain di utara Selangor yang tidak berisiko.

SHAH ALAM – Kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands minggu lalu memberi impak berbeza apabila orang ramai mula beralih ke lokasi tumpuan percutian lain di utara Se­langor yang tidak berisiko seperti di Sabak Bernam, Sekinchan dan Sungai Besar.

Pengusaha inap desa Kolam House Sekinchan, Mohd. Izzatul Izuan Tahir, 39, berkata, permintaan tempahan kini mening­kat empat kali ganda kerana pe­ngunjung membatalkan percutian di tanah tinggi ekoran insiden tanah runtuh itu.

“Mereka terpaksa membatalkan tempahan di tempat berisiko dan memilih kawasan percutian yang lebih selamat.

“Inap desa kami penuh sepanjang cuti persekolahan ini, malah tidak dapat menampung permintaan yang terlalu tinggi,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Beliau yang menyediakan perkhidmatan inap desa kolam renang persendirian membe­ritahu, sambutan luar biasa itu memberi rezeki kepada semua pengusaha.

“Pengunjung meluahkan rasa bimbang dan sanggup bercuti di lokasi jauh atas faktor keselamatan,” ujarnya.

Sementara itu, Penyelaras Inap Desa Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Abdul Rahman Daud turut mengakui peningkatan jumlah permintaan pelanggan sejak kebelakangan ini.

“Kebanyakkan mereka tukar lokasi percutian yang lebih selamat dan tidak mahu berdepan sebarang bahaya.

“Faktor penutupan lokasi berisiko yang tidak diketahui tempohnya juga menjadi faktor tempahan inap desa kian mening­kat,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya yang mempunyai lebih 10 inap desa bersedia menerima kehadiran luar biasa pelancong di kawasan itu.

“Selain penginapan lain seperti Kampung Stay dan chalet, kita sediakan pelbagai aktiviti kampung di sini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI