fbpx

Bekas penyelia kilang pilih tanam sayur, raih RM6,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FAEZEN bersama isteri, Siti Sumaiya Laderlah, 32, dan anak-anak mereka di kebun tanaman sayur di Ladang Kurnia, Punggai, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Seorang pemuda tidak menyesal berhenti kerja sebagai penyelia kilang dan beralih kepada bidang pertanian.

Antara tanaman yang diusahakan Mohd. Faezen Asmawi, 32, di kebunnya seperti cili besar, bendi dan terung.

Katanya, dia mula menceburi bidang pertanian sejak tiga tahun lalu selepas pihak majikan menukarkan tempat kerjanya dari Pengerang di sini ke Pasir Gudang, Johor Bahru.

Dia yang memiliki ijazah dalam bidang pengurusan mi­nyak dan gas dari Universiti Malaysia Pahang berkata, tindakannya berhenti kerja juga adalah untuk menjaga orang tuanya.

“Awalnya saya bekerja di Pengerang sebagai penyelia kilang memproses simen, kemudian bertukar di Pasir Gudang. Ketika itu, Perintah Kawalan Pergerakan mula dilaksanakan, jadi saya ambil keputusan meletakkan jawatan.

“Saya menjadi petani dengan menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bermodalkan RM30,000 saya dapat berbudi kepada tanah seluas 1.6 hektar,” katanya di Ladang Kurnia, Punggai di sini semalam.

Bapa empat anak itu berkata, tidak dinafikan banyak perbezaan apabila bekerja sendiri de­ngan makan gaji.

Namun dia lebih gembira de­ngan kehidupannya kini kerana mempunyai masa yang lebih fleksibel untuk keluarga.

“Saya puas dapat melihat hasil tanaman mengeluarkan hasil.

“Alhamdulillah, saya boleh meraih sehingga RM6,000 sebulan yang berganda berbanding kerja makan gaji dahulu. Hasil pertanian ini saya jual di pasar raya dan kedai runcit,” ujar Mohd. Faezen.

Tambahnya, dia bagaimanapun turut menghadapi cabaran apabila pokok yang ditanam pernah mengalami masalah sehingga dapat bertahan hanya sebulan sebelum mati.

Ujarnya, pokok cili turut terkesan akibat keadaan hujan berteru­san baru-baru ini sehingga mengakibatkan serangan kulat, namun mujur masalah itu berlaku pada penghujung musim.

“Saya banyak dibantu oleh rakan-rakan yang sama dalam bidang ini dan juga Jabatan Pertanian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI