fbpx

Ahli perniagaan parah dipukul penyamun dirawat di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Seorang ahli perniagaan dilaporkan masih tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini selepas mengalami cedera parah pada muka dan mata akibat dipukul dalam kejadian samun di sebuah kedai penapis air, di Jelutong, 24 Disember lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa wanita berumur 50-an itu dikatakan berada seorang diri di premis berkenaan sebelum didatangi suspek lelaki yang juga berusia dalam lingkungan 50-an.

Difahamkan, suspek bertindak memukul mangsa dengan menggunakan objek tumpul di bahagian muka menyebabkan dia mengalami kecederaan parah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, V. Saravanan berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM2,000 dan sehingga kini pihak polis belum mengambil keterangan daripada wanita itu kerana masih menerima rawatan di ICU.

“Mangsa telah didatangi suspek di kedainya itu ketika suaminya tiada di situ. Suspek pada mulanya memberitahu yang dia mahu bertemu dengan suami suspek.

“Setelah dimaklumkan mengenai ketiadaan suaminya di kedai, suspek kemudiannya bertindak memukul dan menyamun mangsa sehingga cedera parah pada bahagian muka,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini hari ini.

Menurut Saravanan, susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 50-an ditahan pada 25 Disember lalu kerana disyaki menyamun dan mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

“Pada masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut dan suspek kini direman sehingga 4 Januari depan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan,” jelasnya.

Tambah beliau, siasatan polis di tempat kejadian mendapati premis berkenaan tidak mempunyai sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan memohon agar saksi kejadian tampil menyalurkan maklumat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI