fbpx

Hujan berterusan di Sarawak sehingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan penumpuan angin dijangka berlaku di persisiran utara dan tengah Sarawak sehingga esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan berkenaan.

Katanya, angin kencang timur laut juga telah memasuki rantau negara dan berpotensi membawa angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.

“Sehubungan dengan itu, amaran hujan berterusan melibatkan negeri Sarawak berkuat kuasa sehingga 31 Disember manakala amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 5 Januari 2023.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa daerah di Sabah pada petang ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sabah melibatkan daerah Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan) sehingga 5.00 petang ini.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI