fbpx

Empat buah rumah dikenakan Temco 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawalan diadakan di sekitar kawasan rumah terlibat

Oleh NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Empat buah rumah di Kampung Nerambai, Lubuk China, dekat sini, dikenakan TEMCO (Targeted Enhancement Movement Control Order) bermula pukul 4 petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Rembau, Mohamad Najib Mustafa berkata, kawalan itu dikenakan terhadap 10 individu dari empat buah rumah sehingga keputusan ujian swab Covid-19 kedua yang dijangka diketahui Isnin ini.

Menurutnya, penghuni dari empat buah kediaman berkenaan merupakan kontak rapat dengan lapan sekeluarga yang positif Covid-19 baru-baru ini.

“Sepanjang perlaksanaan Temco berkenaan, tidak dibenarkan kesemua PUS keluar dari lokasi Temco dan semua keperluan seperti makanan akan disediakan JPBD melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Sekiranya keputusan kedua swab Covid-19 negatif, Temco di kawasan ini akan berakhir dan sekiranya positif, individu berkenaan akan dijemput oleh kakitangan kesihatan untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya di sini tadi.

Hari ini, Kosmo melaporkan lapan sekeluarga di Kampung Nerambai positif Covid-19.

Difahamkan, jangkitan adalah dari seorang ahli keluarga wanita yang baharu pulang dari Labuan dan terdapat kenduri dianjurkan awal bulan ini. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI