fbpx

Tayar kereta pecah gara-gara ‘lubang maut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video @i.m.ithahashim menunjukkan keadaan jalan tersebut yang berlubang besar.

PETALING JAYA – Seorang wanita menghadapi situasi cemas apabila tayar keretanya pecah akibat terlanggar lubang besar di Jalan Tun Razak menghala Lebuh Raya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX).

Video yang dimuat naik oleh @i.m.ithahashim di akaun TikToknya menunjukkan keadaan ‘lubang maut’ yang besar di tengah-tengah jalan tersebut telah mengakibatkan kerosakan pada kenderaannya.

“Tayar pecah malam-malam dekat Kuala Lumpur. Sebaik bukan keseorangan. Harap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Kerja Raya buat sesuatu.

“Kepada yang selalu guna jalan ini khususnya mereka yang turun daripada laluan bertingkat (flyover) harap semua hati-hati.

“Ini kereta kena, tayar pecah. Kalau motosikal memang terpelanting atau arwah. Teruk sangat jalan ini, sampai boleh bawa maut,” tulisnya di dalam video itu.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 84,500 tontonan, 2,933 tanda suka dan 540 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai pengguna jalan itu turut mengalami situasi yang sama sehingga menyebabkan kemalangan atau kerosakan kenderaan gara-gara lubang tersebut.

“Terima kasih suarakan hal ini. Hari itu memang lalu sini dan bunyi macam tayar hampir pecah. Suami pula tidak berhenti sebab kereta semua laju,” komen seorang netizen.

“Saya dan adik pernah kena dekat sini. Lubang sangat besar. Tayar kereta terus meletup, kes ini juga babitkan beberapa kenderaan pada masa kejadian,” komen netizen yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI