fbpx

Ella kesal foto disalah guna penganjur festival

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLA bengang gambar digunakan tanpa izin untuk promosi sebuah acara festival makanan di Melaka.

PETALING JAYA – Kesal dan berasa dirinya dipergunakan demi keuntungan sebelah pihak, penyanyi Ella bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat penganjur sebuah festival makanan yang menggunakan gambarnya tanpa kebenaran pada poster acara tersebut.

Penyanyi berusia 56 tahun itu berkata, imejnya digunakan dalam poster acara tersebut sebagai bahan promosi bagi melariskan jualan tapak gerai dan menarik pengunjung untuk hadir ke program yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah di Melaka.

“Saya kesal dengan tindakan syarikat penganjur Wanza Event Entertainment kerana mengguna imej saya untuk penganjuran Karnival Geggar Wanza Food Fest Mega yang berlangsung sejak 23 Disember hingga 1 Januari 2023 di Mydin MITC Mall Ayer Keroh, Melaka tanpa kebenaran.

“Kami percaya pihak urus setia penganjuran telah melakukan promosi berterusan dengan menggunakan imej kami di atas bagi mempromosi jualan gerai dan promosi jenama majlis mereka,” katanya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Baldu Biru itu turut menasihatkan orang ramai khusunya para peniaga yang terlibat lebih berhati-hati agar tidak menjadi mangsa kepada syarikat penganjur sebegitu.

“Para peniaga berkaitan dinasihatkan agar lebih waspada dalam semua urusan dan tidak terpengaruh dengan penganjuran tidak bertanggungjawab seperti ini.

“Saya menerusi pengurusan di Ben Jawi Ventures (BJV) akan mendapatkan khidmat nasihat undang-undang bagi mendidik penganjur agar lebih bertanggungjawab,” ujarnya lagi.

Menerusi poster tersebut, selain Ella, beberapa selebriti lain seperti Harry Khalifah dan Chombi dimaklumkan terlibat dalam acara berkenaan.

Malah, wajah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli turut terpampang pada poster sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI