fbpx

Dua maut, seorang cedera nahas di WCE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta Toyota Vios di KM208.6 WCE hari ini.

IPOH – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera setelah kenderaan dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer (KM) 208.6 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.35 pagi mengenai kemalangan tersebut yang melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Toyota Vios dan Proton Saga.

“Terdapat dua orang mangsa tersepit di dalam kereta Toyota Vios, manakala seorang lagi telah tercampak dan terperosok di dalam longkang.

“Pemandu kereta Proton Saga pula dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kedua-dua kenderaan tersebut adalah dari arah yang sama iaitu selatan ke utara iaitu berhampiran susur keluar Sitiawan Utara.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan menggunakan peralatan khas dan pengusung untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis serta ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang turut memaklumkan operasi tamat pada pukul 8.46 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI