fbpx

Lelaki serah kambing sebagai mas kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hambali (duduk di atas kerusi roda) memegang seekor kambing ketika majlis penikahannya dengan Heti di Jombang semalam. - Kompas

JAKARTA – Seorang pemuda dari wilayah Jawa Timur menyerahkan seekor kambing sebagai mas kahwin bagi memperisterikan wanita pilihannya semalam, lapor laman berita Detik.

Selain haiwan itu, pemuda yang dikenali dengan nama Muhammad Hambali itu turut menyerahkan barangan kelengkapan solat dan wang tunai berjumlah  100,000 rupiah (RM28.19) kepada isterinya, Heti Kurniawati.

Hambali merupakan peniaga rempeyek dari Kampung Tambakrejo, Jombang. Dia kelihatan tersenyum selepas sah menjadi suami kepada Heti dalam satu majlis pernikahan beramai-ramai.

Hambali berkata, dia membeli kambing itu dengan harga 400,000 rupiah (RM112.75) menggunakan wang simpanan hasil tabungannya selama enam bulan.

Dia yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) mencuri perhatian ramai orang ketika duduk di atas kerusi roda dengan membawa kambing.

Heti berkata, dia sudi menerima Hambali walaupun lelaki itu merupakan OKU serta berhasrat menjaga kambing tersebut dengan sepenuh hati sehingga haiwan itu beranak-pinak. – Agensi   

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI