fbpx

18 kanak-kanak maut makan ubat selesema dari India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ubat keluaran syarikat Marion Biotech yang berpangkalan di India dipercayai menyebabkan kematian 18 kanak-kanak di Uzbekistan baru-baru ini. - Adobe Stock

TASHKENT – Kerajaan Uzbekistan menjalankan siasatan ke atas kematian 18 kanak-kanak yang mengambil ubat selesema Dok-1 Max keluaran syarikat Marion Biotech yang berpangkalan di India, lapor laman berita Wion News semalam. 

Kementerian Kesihatan Uzbekistan berkata, 18 daripada 21 kanak-kanak yang mengambil ubat Dok-1 Max ketika menghidap penyakit pernafasan akut meninggal dunia. 

Menurut laporan agensi berita AKIpress, siasatan jenayah telah dilancarkan terhadap pegawai-pegawai pengimport syarikat Quramax Medical dan Pusat Penyelidikan Standard Ubat untuk pengeluaran.

Siasatan itu juga tertumpu kepada pemerolehan ubat yang tidak berkualiti sehingga membawa kepada kehilangan nyawa.

Laporan itu menyebut bahawa sejumlah orang telah ditahan berhubung kematian 18 kanak-kanak tersebut dan semua suspek berdepan hukuman penjara 10 hingga 15 tahun jika sabit kesalahan.

Pusat Kepakaran dan Standard Ubat Negara serta Peranti Perubatan dan Peralatan Perubatan bagi Agensi Pembangunan Rangkaian Farmaseutikal Negara  menyimpulkan bahawa Dok-1 Max tidak memenuhi keperluan dokumen normatif.

Tambahnya, sebelum ini, Kementerian Kesihatan Uzbekistan pernah menjelaskan bahawa bahan kimia etilena glikol ditemui dalam ubat selesema tersebut.

Syarikat farmaseutikal, Marion Biotech yang berpangkalan di negeri Uttar Pradesh bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen mengenai tuduhan itu.

Menurut laman web Marion Biotech, ubat sirap Dok-1 Max merupakan gabungan tiga bahan perubatan yang mengurangkan gejala berkaitan dengan selesema, batuk, demam dan penyakit saluran pernafasan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI