fbpx

Tanah mendap sedalam 1.5 meter di Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tanah mendap sedalam kira-kira 1.5 meter berlaku di Jalan AU 31 Ampang berhampiran bangunan Petronas Geologi, di sini, petang tadi.

AMPANG – Tanah mendap sedalam 1.5 meter dilaporkan berlaku di Jalan AU 3/1, berhampiran bangunan Petronas Geologi, di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar pukul 3.26 petang.

“Seramai lima orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang, bergegas ke lokasi kejadian dan tiba sekitar pukul 3.41 petang.

“Kejadian tanah mendap berkenaan berlaku di tengah-tengah jalan raya dengan kedalaman kira-kira 1.5 meter,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, tiada kenderaan terlibat dan ia juga tidak menjejaskan struktur bangunan yang berada di sekitar kawasan terbabit.

Menurut Hafisham, pihak bomba telah menghubungi pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk diambil tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI