fbpx

Beruang besar makan durian Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Orang Asli kini lebih berhati-hati selepas melihat kelibat beruang memasuki Kampung Perawas, Pos Balar, Gua Musang pada minggu lalu. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Lebih 200 penduduk Orang Asli di Kampung Perawas, Pos Balar di sini hidup dalam ketakutan apabila seekor beruang berkeliaran di kampung mereka sejak seminggu lalu.

Seorang penduduk, Hasmadi Ghazali, 44, berkata, seekor be­ruang dewasa dikesan berada di sekitar rumahnya kira-kira pukul 6.30 petang, minggu lalu.

Ketika kejadian, dia bersama ahli keluarga sedang berehat di dalam rumah sebelum menye­dari bunyi pelik di luar rumah.

“Saya kemudian mengintai melalui tingkap dan melihat se­ekor beruang sedang menuju ke pokok durian di tepi rumah.

“Saya terus memanggil beberapa penduduk untuk menghalau beruang itu dengan menggunakan tombak dan pisau sebelum binatang buas itu lari ke kawasan hutan berhampiran.

“Sebelum ini, kami hanya melihat kesan buah durian yang dimakan beruang, namun baru-baru ini saya melihat sendiri kelibat binatang itu di kawasan kampung ini,” katanya.

Seorang suri rumah, Norsiah Along, 48, berkata, kemunculan beruang itu membimbangkan penduduk terutama­nya kese­lamatan kanak-kanak kecil.

Katanya, ketika musim durian ini, ramai anak Orang Asli turun mencari buah itu di kawasan kebun berhampiran rumah se­tiap awal pagi.

“Apabila melihat dengan mata sendiri beruang yang bersaiz besar itu, kami takut jika terse­rempak dengan haiwan itu.

“Ketika ini penduduk sentiasa berhati-hati dan bergerak secara berkumpulan jika ingin pergi ke kebun,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Ke­tua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan) Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Saiful Zahlan Muhamad Azmi berkata, pihak­nya akan berbincang dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengenai masalah tersebut.

“Kita akan berbincang dari segi kawalan dan langkah-langkah pencegahan yang sepatutnya diambil bagi mengelakkan haiwan tersebut terus memasuki kampung ini.

“Kita tidak mahu haiwan-haiwan liar menjejaskan tanaman dan mengancam keselamatan di kawasan perkampungan Orang Asli,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI