fbpx

Tipu jual beli emas: Ibu empat anak tak mengaku bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, atas kesalahan tipu jual beli emas pada Oktober lalu.

KUALA PILAH – Seorang ibu yang memiliki empat anak termasuk bayi berusia tiga bulan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, atas kesalahan tipu jual beli emas pada Oktober lalu.

Tertuduh, Hasanah Mohd Amin, 32, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, pada 9 Oktober sehingga 10 Oktober kira-kira pukul 6.51 petang hingga 7.47 malam di Kampung Baru Temeris, di sini, telah menipu seorang wanita berusia 27 tahun dengan mendorong mangsa memindahkan wang berjumlah RM 3,980.

Mangsa telah mempercayai tertuduh akan menyerahkan seutas rantai leher jenis lipan dan seutas rantai tangan jenis paper clip love.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh sehingga 10 tahun dan dengan sebat serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Peh Fong Xi kemudiannya memohon wang jaminan sebanyak RM7,000.

Tertuduh dalam rayuannya menyatakan dia membuat pengakuan tidak bersalah tersebut kerana memiliki anak yang baharu sahaja berusia tiga bulan serta terdapat peguam bagi kes jual beli emas yang dihadapinya di Kelantan.

“Saya memang ada kedai (emas) sebelum ini. Saya tanggung empat anak berusia tiga bulan hingga 13 tahun,” katanya.

Majistret kemudiannya menawarkan wang jaminan sebanyak RM7,000 dan 30 Januari tahun hadapan bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI