fbpx

Kerajaan rangka pelan jangka panjang tangani runtuhan cerun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi (tiga kanan) semasa meninjau Program Gerak Kerja Pasca Banjir di Sekolah Kebangsaan Bendang Pa' Yong, Tumpat hari ini.

TUMPAT – Kerajaan akan menjadikan laporan terperinci berhubung insiden runtuhan cerun di Batang Kali, Selangor sebagai titik tolak untuk merangka pelan jangka panjang bagi menghadapi kejadian seperti itu pada masa hadapan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bagaimanapun, perkara tersebut melibatkan banyak kementerian.

“Di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, kita akan jalankan siasatan menerusi Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

“Bagi perlesenan tapak perkhemahan pula, ia melibatkan kementerian lain. Apabila dibawa ke Kabinet nanti, kita akan bentangkan laporan penuh,” katanya ketika ditemui selepas meninjau Program Gerak Kerja Pasca Banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Bendang Pa’ Yong di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seramai 31 orang mangsa dilaporkan maut dalam kejadian yang berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands dekat Hulu Selangor.

Tragedi kira-kira pukul 2 pagi pada 16 Disember lalu itu berlaku ketika 92 pengunjung termasuk 14 pekerja kebun sayur organik tersebut sedang tidur di tapak perkhemahan di kawasan berkenaan.

Kesemua 31 yang maut merupakan pengunjung tapak perkhemahan termasuk 20 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dan ahli keluarga mereka yang bercuti di tapak perkhemahan itu.

Mayat terakhir ditemui di kawasan tersebut merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang sudah mereput di dalam sebuah beg pada 24 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI