fbpx

Teganya hati manusia – Ibu Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJAK kemelut rumah tangganya berlaku, Puteri Sarah sentiasa mendapat sokongan peribadi ibu mentuanya.

PETALING JAYA – Kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana Kamaruddin masih belum berkesudahan, malah memasuki episod baharu membabitkan dakwaan pengarah itu sudah bernikah di Selatan Thailand.

Di sebelah pihak keluarga Syamsul, sama ada Datuk Yusof Haslam mahupun isterinya, Datin Fatimah Ismail, mereka masih mengharapkan keajaiban supaya kekusutan segera terlerai.

Patimah meluahkan rasa sedih dan patah hati melihat situasi dilalui menantu dan cucunya hingga menyelar individu yang tergamak menghancurkan kebahagiaan insan kesayangannya.

“Teganya hati manusia melihat keluarga ini ditinggalkan, hancurnya hati.

“Ya Allah, Engkau berilah kebahagiaan untuk isteri dan anak-anak ini. Amin,” luahnya menerusi InstaStory berlatarkan gambar Puteri Sarah yang sedang menikmati keindahan di negara Matahari Terbit, Jepun.

Fatimah dalam hantaran lain juga terus menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi, selain menitipkan doa supaya mereka dilimpahkan kekuatan dan kebahagiaan.

“Ya Allah, berikan kekuatan kepada seorang isteri dan anak-anak yang ditinggalkan ini.

“Semoga mereka menemui kebahagiaan yang abadi,” katanya lagi.

Terdahulu, Puteri Sarah yang berada di Jepun sejak hujung minggu lalu mendakwa suaminya sudah bernikah lain hasil maklumat daripada pengikut laman sosialnya.

Syamsul bagaimanapun menyatakan dakwaan tersebut fitnah, selain bertegas mahu mengemukakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta atas dakwaan menyebarkan maklumat palsu.

Sebelum ini Fatimah juga pernah memberikan teguran kepada sesiapa yang mengganggu rumah tangga anaknya dinasihatkan untuk bertaubat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI