fbpx

Kabus tebal punca kemalangan 200 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dari udara menunjukkan keadaan kemalangan tersebut yang berlaku di Jambatan Sungai Kuning, Zhengzhou, semalam. – AFP

BEIJING – Seorang maut dalam satu kemalangan di sebuah lebuh raya di bandar Zhengzhou, China, semalam, yang melibatkan kira-kira 200 kenderaan, lapor saluran berita Channel News Asia.

Rakaman yang disiarkan stesen penyiaran tempatan, CCTV semalam menunjukkan situasi nahas tersebut di mana ratusan kenderaan termasuk kereta, van dan lori saling merempuh serta bertindih di satu kawasan yang diselaputi kabus tebal.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku disebabkan jarak penglihatan yang terhad akibat kabus tebal, lapor media tempatan.

“Pada pagi Rabu (semalam), kabus tebal tiba-tiba terbentuk di Jambatan Sungai Kuning di Zhengzhou yang telah menyebabkan kemalangan jalan raya melibatkan ratusan kenderaan,” demikian menurut pihak berkuasa bandar tersebut seperti dilaporkan CCTV.

Tambah kenyataan yang sama, seorang individu maut dalam nahas itu.

Kebanyakan mangsa yang cedera pula terperangkap di dalam kenderaan masing-masing. 

Jabatan bomba kemudian mengerahkan 11 jentera dan 66 anggota untuk menyelamatkan semua mangsa, lapor CCTV.

“Ia amat menakutkan. Terlalu ramai orang di sini, mungkin kami tidak dapat keluar dari jambatan ini,” kata seorang mangsa seperti yang didengari dalam satu klip video.

Jarak penglihatan di kebanyakan kawasan di bandar Zhengzhou adalah kurang daripada 500 meter pada pagi semalam dan merosot kepada 200 meter pada satu-satu masa, kata perkhidmatan meteorologi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN