PETALING JAYA – Keadaan cuaca dilihat baik dan cerah hampir di semua negeri Semenanjung serta Sabah dan Sarawak pagi ini.
Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hanya mengeluarkan amaran hujan berterusan dibeberapa kawasan di Kuching, Sarawak menjelang 30 sehingga 31 Disember nanti.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk terus mengikuti perkembangan cuaca terkini bagi melakukan sebarang persediaan bencana. – KOSMO! ONLINE