fbpx

Jenazah kanak-kanak lelaki mangsa dera selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga serta sanak saudara mangsa dera kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di lihat hadir sewaktu pengebumian di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Gatom, Labis, Segamat

SEGAMAT – Jenazah kanak-kanak lelaki yang dipercayai menjadi mangsa dera di Senggarang, Batu Pahat selamat dikebumikan kira-kira pukul 5.30 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Gatom, di sini.

Jenazah kanak-kanak berusia empat tahun tersebut tiba di Masjid Jamek Labis dengan menggunakan van jenazah yang diiringi kenderaan polis dan ahli keluarga.

Menurut datuk saudara mangsa, Ruslan Ahmad, 47, jenazah cucu saudaranya itu tiba di perkarangan masjid pada pukul 4.30 petang dan solat jenazah dimulakan sejurus selepas itu.

Ruslan yang kelihatan sugul bersama-sama ahli keluarga yang lain memberikan penghormatan terakhir kepada kanak-kanak berkenaan.

Sebelum itu, jenazah dibawa dari Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru kira-kira pukul 3 petang setelah melalui proses bedah siasat.

Terdahulu, mangsa didapati pengsan pada Jumaat lalu sebelum di bawa ke klinik dan disahkan meninggal dunia pada pukul 6.40 petang pada Isnin lalu selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI.

Menurut laporan, pihak polis mengesahkan terdapat kecederaan baru dan lama di seluruh badan kanak-kanak lelaki terbabit.

Antaranya kecederaan yang dapat dilihat adalah kesan dicucuh api atau benda panas di seluruh badan mangsa, termasuk di kemaluan dan digigit di telinga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI