fbpx

Lebih 80 rumah di Kuala Nerus rosak dilanda ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ridzuan (tiga dari kanan) meninjau kerosakan rumah Kamarudin (kanan) yang rosak teruk ditimpa pokok akibat ribut di Kampung Banggol Donas, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Lebih 80 rumah di daerah ini mengalami kerosakan akibat dipukul ribut
melibatkan kerugian hampir RM200,000 pada semalam.

Kejadian ribut selama kira-kira 10 minit yang membawa bersama angin lintang pada pukul 9 malam tersebut melibatkan 11 kampung di dua mukim iaitu Buluh Gading dan Seberang Takir.

Seorang mangsa, Kamarudin Muda, 50, dari Kampung Banggol Donas di sini berkata, sewaktu kejadian, dia dan sebahagian penduduk kampung berlindung di sebuah warung kopi berhampiran rumahnya.

“Saya kemudiannya mengikut penduduk kampung lain bergotong-royong membersihkan pokok-pokok tumbang yang merentangi jalan raya di sekitar kawasan kampung.

“Sebaik tiba di rumah pada kira-kira pukul 12 tengah malam, saya baru sedar sebahagian besar bahagian dapur dan bilik air rumah saya telah ranap ditimpa tiga batang pokok iaitu getah, nangka dan kelapa,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di sini hari ini..

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri
Buluh Gading, Ridzuan Hashim berkata, tinjauan kerosakan sebahagian rumah penduduk terlibay telah dilakukan pihaknya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

“Kami akan menyalurkan bantuan segera untuk membaiki kerosakan terutamanya atap yang dijangka siap dalam tempoh seminggu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI