fbpx

Model operasi National Task Force perlu dijadikan blueprint kawalan sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Affendi (kiri) dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani pada sidang media selepas Majlis Penghargan Perkhidmatan Operasi Benteng 2020-2022 sempena Pembubaran National Task Force di Wisma Pertahanan hari ini

KUALA LUMPUR – Model pengoperasian National Task Force (NTF) perlu dijadikan blueprint untuk kawalan sempadan pada masa hadapan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, ia hasil kejayaan NTF mengekang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

“Kejayaan dan keberhasilan operasi yang dilaksanakan mendokong konsep ‘Whole of Government and Whole of Society’ yang mengembeleng keseluruhan keadaan dalam mengatasi cabaran masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Perkhidmatan Op Benteng 2020-2022 sempena Pembubaran NTF di sini hari ini.

Beliau berkata melalui pengalaman serta kerjasama antara agensi keselamatan melalui Op Benteng juga akan diterapkan oleh Angkatan Tentera bagi mengawal sempadan negara.

“Buat masa kini kita melihat kemungkinan kerjasama daripada agensi persempadanan yang mana sebelum ini kita ada satu mekanisma perkongsian sempadan antara agensi-agensi penguatkuasaan dan keselamatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI