fbpx

Ismail Sabri bebas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – “Alhamdulillah, dengan doa dari seluruh rakyat, saya bebas dari jangkitan Covid-19,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita gembira itu diumumkan Ismail Sabri pada sidang akhbar secara langsung di Facebook Live Kementerian Pertahanan, hari ini.

Ismail berkata, beliau merakamkan ucapan terima kasih di atas komen-komen yang dihantar menerusi Facebook Live dan Instagram yang mendoakan kesihatannya.

“Saya telah terima keputusan ujian calitan pagi tadi bahawa ia negatif,” katanya.

Katanya, hari ini adalah hari terakhir beliau dikuarantin di rumah.

Ismail berkata, beliau juga memaklumkan, esok juga adalah hari terakhir mengendalikan sidang akhbar di kediamannya.

“Mulai Isnin ini, saya tidak lagi mengadakan sidang akhbar dari rumah,” katanya.

Selain Ismail Sabri, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz turut menamatkan tempoh kuarantin kendiri semalam selepas disahkan negatif Covid-19 bagi ujian calitan kedua.

Pada sidang akhbar sama, Ismail Sabri mengingatkan  kepada seluruh rakyat bahawa kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan semua prosedur operasi standard (SOP) masih lagi berkuat kuasa.

“Apa yang penting adalah disiplin dan kesedaran diri kita sendiri dalam mengamalkan kawalan kendiri untuk memastikan diri, keluarga dan masyarakat kita kekal selamat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI