fbpx

Atlet ‘kantoi’ doping sah dari Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ACARA angkat berat sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila dua atlet yang beraksi pada Sukma 2022 lalu didapati positif bahan terlarang. - Gambar hiasan

DUA pemenang pingat dalam acara angkat berat pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 September lalu yang didapati positif bahan terlarang jenis ‘anabolic steroid’ disahkan dari Terengganu.

Ia dimaklumkan sendiri Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas), Azura Bidin selepas pihaknya menghantar surat kepada kedua-dua atlet tersebut serta Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Terengganu (PBBABT) dan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) untuk tindakan seterusnya.

Beliau berkata, kedua-dua atlet tersebut diberikan masa selama 14 hari untuk memberikan jawapan sama ada mahu mengemukakan sampel B atau tidak.

“Kedua-dua atlet terbabit memiliki tempoh selama 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan pada 23 Disember untuk berikan maklum balas sama ada mereka mahu membuka sampel B atau sebaliknya.

“Sekiranya tidak ada sebarang respon atau mereka tidak mahu membuka sampel B, pihak kami akan tetapkan tarikh bagi sesi pendengaran,” katanya.

Terdahulu, Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat menerusi satu kenyataan mengesahkan dua atlet yang memenangi pingat pada Sukma 2022 disahkan positif bahan terlarang jenis ‘anabolic steroid’ oleh Adamas.

Beliau menjelaskan, kedua-dua atlet ‘kantoi’ doping itu merupakan wakil kepada salah satu daripada dua buah negeri yang dicadangkan supaya digantung daripada menyertai temasya tersebut.

Untuk rekod, Terengganu muncul juara keseluruhan dalam sukan angkat berat pada Sukma 2022 apabila mereka membawa pulang empat pingat emas, satu perak dan empat gangsa.

September lalu, tiga atlet angkat berat dengan dua daripadanya dari Terengganu dan seorang dari Perlis gagal ujian doping beberapa hari sebelum temasya Sukma 2022 membuka tirainya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI