fbpx

Rancang buka pusat asuhan percuma bantu petugas barisan hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliakbar (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada salah seorang penduduk Kampung Keliangau, Menggatal.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Pas Sabah merancang membuka pusat asuhan khas percuma bagi anak petugas barisan hadapan di negeri ini.

Alternatif berkeaan dilihat pendekatan terbaik bagi membantu golongan ibu bapa yang bekerja sebagai petugas barisan hadapan menguruskan anak-anak mereka.

Setiausaha Pas Sabah, Dr Aliakbar Gulasan berkata, bagaimanapun perkara terbabit sedang dalam peringkat perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik berkata, pihaknya sedar ramai petugas sebarisan hadapan di negeri ini terpaksa berkorban masa bersama keluarga demi memastikan masyarakat sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat.

“Malahan situasi penularan Covid-19 ketika ini juga membuatkan ibu bapa yang bertugas dalam sektor penting ini sering berhadapan situasi berkaitan penjagaan anak-anak ketika perlu keluar bekerja.

“Kita di negeri ini mempunyai banyak Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang sekarang semua murid dan guru sedang direhatkan.

“Oleh itu, guru-guru mempunyai banyak masa untuk membantu bagi bersama menjayakan alternatif ini,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan sumbangan bantuan makanan kepada mesyarakat Islam dan Kristian di Kampung Keliangau, Menggatal hari ini.

Beliau berkata perancangan berkenaan buat permulaan meliputi petugas barisan hadapan di kawasan Kota Kinabalu, Putatan dan Papar.

“Ibu bapa boleh meletakkan anak mereka di pusat asuhan khas terbabit tanpa mengira masa dan perkhidmatan ini diberikan percuma.

“Perbincangan dengan KKM sedang berjalan kerana ada beberapa prosedur operasi standard tersendiri yang perlu dilihat dan patuhi.

“Kita jangkakan ia dapat dilaksana dalam masa terdekat ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI