fbpx

Lot kedai musnah ‘dijilat’ api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bomba berjaya memadamkan api kebakaran melibatkan lot-lot kedai di Persiaran Impian, Taman Impian Ehsan, Hulu Langat, pagi tadi.

HULU LANGAT – Beberapa lot kedai termasuk kedai perabot, kedai snuker, kedai makan dan stor hangus terbakar di Persiaran Impian, Taman Impian Ehsan, di sini, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar pukul 9.41 pagi tadi.

Katanya, seramai 24 kekuatan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn, BBP Serdang dan BBP Bangi bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati kebakaran berkenaan melibatkan sebuah bangunan kelas C berkeluasan 30×90 kaki persegi yang menempatkan lot-lot kedai yang terdiri daripada kedai perabot, kedai snuker, kedai makan dan stor.

“Sehubungan itu, bahagian stor barangan perkakasan telah musnah terbakar sebanyak 60 peratus,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Norazam, api berjaya dipadamkan dan tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN