fbpx

Saya tidak zalim, asalkan mereka bertaubat – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa mana-mana individu yang melakukan khianat kepada parti UMNO supaya lekas bertaubat sebelum terlambat.

Bagaimanapun, Presiden UMNO itu berkata, beliau tidak zalim untuk memecat mana-mana ahli parti itu setakat ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persoalan mengenai kewujudan ahli UMNO yang disifatkan sebagai pengkhianat sekali gus boleh mendatangkan mudarat kepada parti.

“Saya tidak sezalim itu, asalkan mereka bertaubat. Lakukan taubat nasuha dengan cepat dan kembali (kepada parti). Itulah sebaik-baiknya.

“Tetapi kalau taubat di depan dan di belakang buat lain, maka saya tidak perlu kongsi strategi (parti),” katanya ringkas dalam satu segmen temu bual yang disiarkan secara langsung di NRChannelTV, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI