fbpx

RichWorks sumbang RM50,000 bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Replika cek berjumlah RM50,000 disampaikan oleh Dr. Azizan kepada Ikon MVM, Nurul Hana Che Mazahan ketika Inner Circle Meeting (ICM) di Langkawi, semalam.

PETALING JAYA – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) sumbang RM50,000 kepada Muslim Volunteer Malaysia (MVM) bagi membantu mangsa banjir di negara ini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd berkata, RichWell merupakan pertubuhan kebajikan di bawah RichWorks yang mensasarkan bantuan kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan sejak 2008.

“Kami memahami perasaan dihadapi mangsa banjir yang ramai di Pantai Timur termasuk di Sabah ketika ini.

“Kami sendiri pernah alami banjir teruk di Shah Alam pada tahun lalu, pejabat dinaiki air hinggakan ada staf terpaksa bermalam di dewan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ikon MVM yang juga merupakan pelakon dan pengacara televisyen Nurul Hana Che Mazahan berkata beliau teruja apabila dipilih menjadi penghubung bagi menyumbang kepada orang yang memerlukan.

“Sebenarnya, inilah mentaliti orang berjaya dan usahawan jutawan iaitu memberi kembali kepada komuniti.

“Pada akhirnya, fokus (usahawan) untuk macam mana boleh bantu lebih ramai orang. Nak jadi kaya sebab dapat menyumbang lebih banyak,” katanya.

Dalam pada itu, Nurul Nana juga menjelaskan bahawa ilmu diterima di RichWorks bukan hanya mengajar mengenai perniagaan semata-mata namun ia lebih daripada itu.

“Di sinilah saya berhijrah, faham juga banyak ilmu agama, membantu lebih ramai orang dan tanggungjawab sebagai manusia,” ujarnya.

Penyerahan replika cek itu disampaikan oleh Pengerusi RichWorks Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika Inner Circle Meeting (ICM) yang berlangsung di Langkawi, semalam.

Pada hujung tahun lalu, RichWell telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM500,000 bagi mangsa banjir hasil sumbangan usahawan-usahawan dalam tempoh 24 jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN