fbpx

Banjir: 39 mangsa di Pasir Mas masih berlindung di dua PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk di Kampung Tersang, Pasir Mas pulang ke rumah mereka meskipun kawasan kampung masih digenangi air banjir termenung semalam. FOTO ROHANA ISMAIL

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan ketika ini tinggal 39 orang daripada 12 buah keluarga yang masih ditempatkan di dua pusat sementara (PPS) di Pasir Mas hari ini.

Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kapten Mohd. Hanif Omar berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 208 mangsa daripada 68 keluarga semalam.

Menurutnya, kesemua mangsa yang masih terjejas itu merupakan penduduk di Pasir Mas.

“Seramai 17 mangsa daripada lima buah keluarga berlindung di PPS Tarbiah Nasrullah Pohon Buluh dan Sekolah Kebangsaan Banggol Chicha dengan 14 orang mangsa membabitkan tujuh buah keluarga.

“Setakat ini, dua buah PPS itu sahaja masih beroperasi dan dibuka sejak malam tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Mohd. Hanif, paras air di sungai-sungai utama di Kelantan iaitu Sungai Pergau, Sungai Lanas, Sungai Kelantan, Sungai Golok, Sungai Semerak dan Sungai Lebir berada pada paras normal.

Katanya, bagaimanapun, paras Sungai Golok di Kuala Jambu ketika ini masih menunjukkan bacaan amaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN