fbpx

Empat wanita antara ditahan curi pakaian, barangan kosmetik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan dipercayai hasil curi yang dirampas pihak polis.

SUBANG JAYA – Tindakan sekumpulan individu mencuri barangan kosmetik dan pakaian di premis jualan akhirnya tumpas selepas penahanan lima suspek di sekitar Lembah Klang pada 22 Disember dan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian tersebut disedari seorang wanita yang bekerja di kedai kosmetik One City, Jalan USJ 25/1A, di sini.

Katanya, Pada 2 Disember lalu, sekitar pukul 12 tengah hari, pekerja tersebut menyedari sebanyak 24 unit pelbagai jenis barangan jualan kosmetik bernilai RM4,667 telah tiada.

“Hasil pemeriksaan sistem televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati empat suspek perempuan telah mencuri barangan kosmetik tersebut.

“Bertindak atas maklumat, pihaknya menangkap seorang wanita di Jalan Resak, Klang, Selangor, Khamis lalu, kemudiannya, hasil soal siasat suspek membawa penahan tiga lagi wanita dan seorang lelaki di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Peel, Kuala Lumpur, kelmarin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Azlan, turut dirampas sebuah kereta jenis Proton Exora, 76 helai baju, 28 helai seluar, 63 pakaian kanak-kanak pelbagai jenama diikuti beberapa barangan kosmetik pelbagai jenama,” katanya.

Jelasnya, siasatan awal mendapati kesemua suspek yang berusia antara 33 tahun hingga 45 itu juga disyaki terlibat dalam beberapa kes di sekitar Daerah Subang Jaya, Klang, Petaling Jaya, Sepang dan Shah Alam.

“Sekurang-kurangnya pihak kami berjaya menyelesaikan 13 kes dan lapan daripadanya membabitkan daerah ini,” katanya.

Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, dan kesemua suspek telah direman sehingga esok untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN