fbpx

Cuaca baik di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik di seluruh negara pada hari ini.

MetMalaysia dalam laman sesawangnya memaklumkan tiada amaran ribut petir serta hujan lebat dilaporkan pagi ini.

Namun, MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan beberapa negeri hingga 3 Januari depan.

Amaran Kategori Pertama melibatkan angin kencang diramalkan berkelajuan 40 sehingga 50 kilometer sejam (Kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian 2.5 hingga 3.5 meter (m).

“Melibatkan perairan di Sarawak, Sabah Barat dan Labuan, Tioman, Bunguran, Tenggara Reef North, Reef South, Labuan dan Palawan,” katanya.

Manakala, Manakala amaran Kategori Kedua pula adalah angin kencang berkelajuan 50 sehingga 60 Kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 hingga 4.5 m melibatkan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN