fbpx

Ryuji rayu peminat henti serang akaun Instagramnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ryuji.

PETALING JAYA – Pengadil Jepun, Ryuji Sato merayu kepada peminat bola sepak Malaysia supaya tidak menyerang akaun media sosial miliknya kerana ia dibaca oleh ahli keluarganya.

Ryuji dalam satu hantaran di akaun media sosialnya turut memohon maaf kepada peminat bola sepak Malaysia.

Tangkap layar permohonan maaf yang dibuat Ryuji di laman Instagramnya.

“Saya menerima banyak mesej daripada peminat bola sepak Malaysia mengenai keputusan (memberikan penalti kepada Vietnam dan kad merah kepada Azam Azmi) dalam perlawanan malam tadi.

“Presiden FIFA telah menghubungi saya dan mereka akan membuat penilaian mengenai cara pengadilan saya ketika perlawanan berlangsung,” katanya.

Ryuji turut memohon supaya peminat tidak menyerang akaun Instagram miliknya kerana dia mempunyai keluarga dan mereka membaca semua komen yang ditinggalkan.

Malam tadi, Malaysia kalah 0-3 kepada Vietnam dalam perlawanan yang cukup kontroversi apabila Azam dilayangkan kad merah selepas menerima terjahan keras daripada pemain Vietnam, Van Hau.

Bukan itu sahaja, Ryuji turut memberikan sepakan penalti kepada Vietnam yang menyaksikan semangat anak buah Kim Pan-gon terus luntur sehingga wisel penamat dibunyikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI