fbpx

Arsenal semakin lebarkan jurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NKETIAH (kanan) merembat masuk bola untuk jaringan ketiga Arsenal selepas melepasi penjaga gol West Ham, Lukasz Fabianski pada aksi EPL di Stadium Emirates awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui puas selepas menyaksikan pasukannya melebarkan jurang mata untuk terus mendahului carta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas merekodkan kemenangan 3-1 ke atas West Ham awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Emirates itu, skuad The Gunners terpaksa bangkit daripada ketinggalan 0-1 sebelum berjaya melakar kemenangan hasil jaringan Bukayo Saka, Gabriel Martinelli dan Eddie Nketiah.

Menurut Arteta, barisan pemain telah mempamerkan karakter seperti sang juara kerana bukan mudah untuk bangkit selepas ketinggalan apabila pasukan lawan diberikan sepakan penalti yang sepatutnya boleh dielakkan.

“Saya puas hati dengan apa yang pasukan pamerkan sepanjang perlawanan ini dengan pemain menunjukkan keyakinan seperti apa yang telah mereka tampilkan pada awal musim sebelum ini dengan akhirnya pasukan berjaya melakar kemenangan,” katanya.

Sementara itu, pengendali import dari Sepanyol itu turut memuji impak yang dipamerkan oleh kapten pasukan, Martin Odegaard dan penyerang muda, Nketiah sepanjang 90 minit perlawanan.

“Nketiah adalah seorang pemain yang memiliki tahap keya­kinan tinggi serta kemahiran terbaik, saya tidak terkejut dengan penyudah dilakukannya pada perlawanan kali ini. Saya harap dia dapat teruskan momentum kerana kita perlukan khidmatnya ketika ini.

“Situasi sama juga melibatkan Odegaard yang telah mencipta dua peluang buat rakan sepasukan kali ini. Dia berjaya menunjukkan ciri kepimpinan yang baik di atas padang selain hantaran yang dilakukan juga berkualiti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI