fbpx

Sang Garuda resah hadapi Gajah Perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Indonesia meraikan jaringan ketika menyaksikan skuad Tae Yong membelasah Brunei 7-0 pada aksi Piala AFF di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin. – AMIR KHALID

PENGENDALI Indonesia, Shin Tae Yong berdepan situasi pa­ling getir untuk mempersiapkan pasukan sebelum hadapi calon pilihan, Thailand pada aksi ketiga Kumpulan A Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) di Stadium Gelora Bung Karno, esok.

Walaupun berkenduri gol ketika membelasah Brunei di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur kelmarin, Tae Yong mengakui perlawanan itu tidak menjadi penilaian sebenar tentang kualiti Indonesia yang terpalit dengan isu kecederaan Syahrian Abimanyu.

“Bagi saya, kesemua daripada pemain kami berhak untuk diangkat sebagai pemain terbaik. Saya tidak boleh nilai kekuatan pasukan kerana Brunei bukan lawan sebenar, namun kami juga perlu baiki kelemahan penyudah.

“Agak susah untuk saya menjawab (peluang bertemu Thailand). Saya tidak boleh beri jaminan yang kami mampu menang ke atas Thailand namun saya tetap akan siapkan pasukan untuk pastikan perlawanan itu berlangsung menarik,” katanya.

Selepas mengharungi dua aksi, Indonesia dan Thailand terlalu unggul untuk mendahului carta Kumpulan A dengan mata maksimum kedua-duanya berjaya menghasilkan sembilan gol.

Dalam masa sama, jurulatih dari Korea Selatan itu gembira untuk melihat kehadiran lebih 5,000 penyokong di Kuala Lumpur dan menyifatkan ia sebagai detik penting kepada kemena­ngan skuad Garuda.

“Tidak sangka ada ramai penyokong di sini. Saya berterima kasih kepada penyokong yang hadir berikan sokongan kepada Indonesia. Anda semua hebat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI