fbpx

Salji mula turun di wilayah Tabuk, Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan pergunungan Tabuk, barat laut Arab Saudi diselaputi salji sehingga menjadi daya tarikan pelancong-pelancong asing pada setiap tahun. - SPA

JEDDAH – Pergunungan Al-Jabal dan Alkan di wilayah Tabuk, barat laut Arab Saudi, diselaputi salji sekali gus menandakan penduduk negara itu bersedia untuk menyambut Tahun Baharu 2023, lapor akhbar Arab News semalam.

Sebahagian penduduk masih menunggu lebih banyak salji yang dijangka turun dalam tempoh beberapa hari akan datang, demikian menurut pemerhati cuaca.

Pelancong-pelancong membuat persediaan dan berkhemah di kawasan Tabuk sebelum paras salji meningkat seperti laporan keadaan cuaca yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Am Meteorologi.

Fahd Al-Tarfawi, yang merupakan seorang jurugambar Arab Saudi memberitahu Arab News bahawa dia bergegas ke kawasan bersalji pada Ahad lalu dan mula merakam salji yang turun. 

Fahd berkata, dia masih menunggu jumlah salji yang lebih tebal dan menggambarkan keadaan itu  sebagai permulaan yang tidak boleh diabaikan.

Sementara itu, seorang pemandu pelancong, Ahmed Al-Omrani menjelaskan kepada Arab News bahawa salji mula turun pada pagi Ahad namun, ia masih tidak mencapai paras biasa.

Dia juga yakin bahawa salji telah mula melanda di wilayah Alkan.

Alkan adalah adalah kawasan tanah rata di mana salji turun lebih daripada sekali setahun dan merupakan destinasi pelancongan untuk warga Arab Saudi dan sejumlah rakyat negara-negara Arab. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN