fbpx

Krismas paling bermakna Son Ye-jin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SON YE-JI memuat naik gambar kaki anaknya dalam Instagram.

LAMA mendiamkan diri selepas bersalin, pelakon Son Ye-jin tampil mengemas kini keadaannya dan berkomunikasi dengan peminat.

Aktress itu meraih perhatian ramai dalam hantaran Instagram peribadinya dengan gambar kaki bayinya.

Hantaran tersebut merupakan kemunculan pertama Ye-jin selepas melahirkan anak lelakinya pada November lalu.

Dalam hantaran tersebut, Ye-jin meninggalkan ucapan hari Krismas dan mengakui sedang berbahagia bersama anugerah paling bermakna dalam hidupnya.

“Selamat menyambut hari Krismas. Awak semua okey? Tahun ini sudah sampai ke penghujung 2022. Saya kini berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan terima kasih atas sokongan semua.

“Tahun ini sangat berharga bagi saya berbanding tahun lalu. Seperti mana semua sedia maklum, kami sebagai suami isteri menerima hadiah yang paling bermakna.

“Saya baru sedar betapa pentingnya keikhlasan dan bantuan daripada pelbagai individu. Saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada suami yang sentiasa ada sepanjang masa,” ujarnya.

Ye-jin meninggalkan pesanan buat semua agar kekal sihat dan gembira semasa sambutan Krismas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI