fbpx

Kelantan sedia lebih 50 lori tangki bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Rahman (tengah) menyampaikan bantuan disumbangkan oleh sebuah padar raya kepada mangsa-mangsa banjir di Tunjong, Kota Bharu hari ini. FOTO MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan menyediakan lebih 50 buah lori tangki syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) bagi membantu mangsa banjir mendapat bekalan air untuk kegunaan mereka termasuk kerja-kerja pembersihan rumah.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Abd. Rahman Yunus berkata, lori tangki air tersebut akan digerakkan mengikut permintaan daripada penduduk terlibat.

“Mangsa banjir yang berdepan masalah bekalan air cuma perlu membuat panggilan. Kita akan hantar lori tangki air sama ada ke rumah atau untuk mengisi air dalam tangki statik di Dewan Undangan Negeri (DUN) terlibat.

“Saya rasa tiada masalah untuk menggerakkan kemudahan bantuan bekalan air tersebut pada musim banjir,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan Bantuan Banjir 2022 di Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abd. Rahman memberitahu, lori tangki tersebut dijamin berfungsi dan boleh digunakan untuk menghantar bekalan air kepada mangsa-mangsa banjir. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI