fbpx

Salsabila gagal dihubungi, keluar pakai baju serba hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salsabila dilaporkan hilang dan rakaman CCTV kejadian.

SEPANG – “Jika sesiapa nampak anak saya, sila hubungi saya segera dan lapor kepada polis,” kata Md. Nasir Abdul Rahim, 58, bapa kepada Salsabila Putri, 13, remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak kelmarin.

Md. Nasir berkata, dia merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut supaya dapat mengesan anak bongsunya itu.

“Saya sekeluarga tidak pernah berselisih faham dengan Salsabila, malah hubungan kami amat baik dan tiada masalah. Tolong kesan anak saya. Kami sekeluarga harap dia selamat walau dimana dia berada,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menceritakan lanjut mengenai kejadian itu, Md. Nasir berkata, dia sekeluarga berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan tiba di Taman Salak Maju, di sini sejak 23 Disember lalu.

Katanya, dia sekeluarga menyewa di sebuah inap desa di sini kerana urusan perkahwinan seorang lagi anaknya di Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, awal pagi Ahad, Salsabila dikatakan sempat bertemu dengan dua orang lelaki tidak dikenali di luar inap desa itu sebelum hilang. Salsabila tiada kawan di sini, namun kami syak dua lelaki itu mungkin kawannya yang dikenali ketika permainan secara dalam talian,” katanya.

Katanya, Salsabila turut memiliki telefon bimbit tetapi anaknya gagal dihubungi sejak Ahad lalu.

Md. Nasir berkata, laporan polis sudah dibuat pukul 10 pagi semalam di Balai Polis Bandar Baharu Salak Tinggi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa dikatakan hilang pukul 2.30 pagi kelmarin.

Menurutnya, kehilangan mangsa disedari ahli keluarga selepas menyedari remaja itu tiada di dalam bilik, malah cubaan menghubungi menerusi telefon bimbit mangsa juga gagal.

“Menurut rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), adik mangsa mendakwa mangsa diambil seorang lelaki tidak di kenali dengan menaiki sebuah motosikal,”ujarnya- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI