fbpx

Mangsa banjir perlu pantau kesihatan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan mangsa banjir di Lubong Jong, Pasir Mas memindahkan barangan rumah mereka ke kawasan selamat. - FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN

PETALING JAYA – Bencana seperti banjir sudah semestinya memberi tekanan emosi dan perlu dipantau bagi memastikan kesihatan mental berada dalam keadaan baik.

Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) dalam hantaran di Facebooknya memaklumkan bencana seperti banjir boleh menyebabkan gangguan mental akut yang memberi kesan kepada emosi dan mental individu terlibat.

NCEMH juga meminta orang ramai untuk mencegah gangguan mental dengan mengenal pasti tanda-tanda gangguan emosi dan kesihatan mental ketika bencana banjir.

“Antara tanda-tandanya adalah jantung berdegup kencang, letih lesu, cepat marah, sakit kepala, kurang daya tumpuan, mudah lupa, bosan, merokok berlebihan, penyalahgunaan substans dan tingkah laku agresif,” katanya.

Katanya, sekiranya orang ramai mempunyai tanda-tanda awal gangguan kesihatan mental boleh mendapatkan bantuan segera di talian HEAL 1555 Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan sokongan emosi dan khidmat kaunseling. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI