fbpx

Anggota polis cedera diserang guna sabit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sabit yang digunakan untuk menyerang anggota polis terbabit.

Oleh NOR SHAFAWATI YUP

PORT DICKSON – Seorang anggota unit peronda polis (MPV) cedera di bahagian kepala setelah diserang seorang lelaki menggunakan sabit di sebuah tapak trak makanan di PD Waterfront di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku apabila pihaknya menerima panggilan orang awam pada 10.09 malam yang memaklumkan terdapat seorang lelaki memegang senjata disyaki sabit di tapak trak makanan di sebuah pasaraya di PD Waterfront.

“Suspek juga telah- membuat kacau di kawasan tersebut dan bertindak atas maklumat, anggota dan pegawai dari Balai Polis Port Dickson dibantu anggota MPV telah pergi ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, suspek telah melarikan diri ke suatu kawasan semak di tapak kawasan lapang di tepi pasar raya dan anggota MPV telah memberhentikan kenderaan di kawasan tersebut. Apabila pemandu MPV keluar dari kenderaan telah ternampak suspek berlari ke arah anggota MPV terbabit,” katanya di sini semalam.

Menurut Aidi Sham, anggota MPV telah mengarahkan suspek untuk berhenti, namun tidak diendahkan dan masih berlari ke arah polis dengan memegang senjata sebilah sabit.

“Anggota MPV berusia 35 tahun itu kemudiannya telah melepaskan satu das tembakan pada jarak lima meter namun suspek masih menyerang dan untuk pertahankan diri anggota MPV itu telah melepaskan satu das tembakan lagi.

“Sejurus tembakan kedua dilepaskan suspek yang mengalami luka di bahagian perut telah menghayun sabit ke arah anggota MPV dan terkena pada bahagian kepala sebelah kiri anggota tersebut. Selepas itu, telah berlaku pergelutan dan suspek berjaya ditangkap oleh pihak polis,” katanya.

Jelas beliau, suspek berusia 61 tahun yang cedera parah telah di bawa ke hospital manakala anggota MPV yang cedera telah diberi rawatan awal di tempat kejadian.

“Suspek kini berada di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di bawah pemantauan wad ICU.

“Keadaan anggota polis yang cedera pula stabil dan akan menjalani satu lagi pembedahan esok,” katanya.

Kes disiasat dibawah 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI