fbpx

JKM digesa selamatkan gelandangan merempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelandangan yang sudah empat hari merempat di sekitar Jalan Kluang-Kota Tinggi berhampiran Bulatan Mardi.

KLUANG – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) digesa menyelamatkan seorang gelandangan yang ditemui me­rempat di sebuah gerai di Jalan Kluang-Kota Tinggi berhampiran Bulatan Mardi dekat sini sejak empat hari lalu.

Lelaki itu ditemui berada dalam keadaan kotor dan tidak terurus dan hanya tidur di atas tanah beralaskan plastik.

Seorang penduduk, Herman Shah, 50, berkata, setakat ini tiada apa-apa tindakan dilakukan JKM walaupun laporan telah dibuat.

“Bukan tak suka tetapi bimbang mengenai tahap kesihatannya yang dikhuatiri boleh menjangkiti peniaga di gerai berkenaan dan tersebar kepada pelanggan yang datang membeli,” katanya.

Menurut Herman, mungkin kesihatan dan makan minum lelaki itu akan lebih terurus jika ditempatkan di lokasi khas.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI