fbpx

Banjir jejaskan sambutan Krismas di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Pengawal Pantai menyelamatkan seorang kanak-kanak di sebuah kawasan yang terjejas dengan banjir di bandar Ozamiz, semalam. – AFP

MANILA – Banjir besar di Filipina menjejaskan sambutan Krismas sehingga memaksa hampir 46,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing, demikian menurut pegawai-pegawai pertahanan awam semalam.

Dua individu terbunuh manakala sembilan yang lain hilang selepas hujan lebat melanda sebahagian wilayah selatan Mindanao.

Bencana tersebut sekali gus menjejaskan sambutan Krismas di negara yang mempunyai majoriti  penduduk beragama Kristian itu.

“Air mencecah paras dada di sebahagian kawasan, namun hari ini (semalam), hujan semakin reda,” kata seorang anggota pertahanan awam, Robinson Lacre yang bercakap dari bandar Gingoog, di mana 33,000 orang dipindahkan dari rumah masing-masing.

Sementara itu, Pengawal Pantai berkata, lebih 24 keluarga diselamatkan di bandar Ozamiz dan Clarin ketika banjir melanda.

Beberapa gambar dikongsikan pasukan tersebut menunjukkan anggotanya yang berpakaian oren mendukung kanak-kanak kecil ketika menyelamatkan mereka dari rumah-rumah yang dipenuhi air banjir.

Tambah Pengawal Pantai, angin kuat dan ombak besar turut menenggelamkan sebuah bot nelayan semalam di luar pantai Pulau Leyte. Dua kru dilaporkan terbunuh manakala enam lagi telah diselamatkan.

Bahagian tengah dan selatan Filipina dilanda cuaca buruk ketika negara dengan 110 juta penduduk itu memulakan cuti Krismas dengan berjuta-juta orang pulang ke kampung bagi meraikan perayaan tersebut. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI