fbpx

Minuman ala hidroponik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Minuman dalam balang dipenuhi serai dan buah limau tular di media sosial. - Gambar kredit Twitter @IsskndarAriffin

PETALING JAYA – Peniaga balang air yang menjual sebalang minuman dipenuhi serai dan buah limau disifatkan seakan-akan tanaman hidroponik telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen sejak pagi tadi.

Gambar dimuat naik oleh pempengaruh media sosial (influencer), @IsskndarAriffin memaparkan sebalang air yang mengandungi pelbagai kandungan antaranya ialah buah limau dan serai.

Sehubungan itu, hantaran tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada para netizen yang rata-ratanya terhibur dengan perkongsian gambar tersebut.

“Tambah ayam, sotong, udang, santan, maka terhasillah hidangan tomyam,” seloroh seorang pengguna Twitter, @jules12anne.

“Selepas habis jual air, pokok boleh ditanam semula, bijak” tulis seorang lagi pengguna, @husnimael.

“Abang hendak meniaga air atau ingin membuat penanaman serai secara moden? Beli secawan air percuma sebatang serai,” ciap seorang lagi pengguna, @namasayaadib.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang sempat menyentuh isu kebersihan dan meminta peniaga berkenaan untuk membersihkan serai terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam air balang.

“Lapisan luar serai buanglah terlebih dahulu kerana terdapat tanah di situ. Walaupun kita berasal dari tanah, takkanlah tanah pun perlu ditelan juga,” ciap seorang pengguna di Twitter, @zlhlmianr.

“Alahai abang. Buanglah dulu separuh daripada daun serai itu. Risau pula tercekik akibat daun-daun patah apabila meminumnya nanti,” komen @SAthirahrazali pula.

Seorang pengguna lain, Syemylona Ishak berkata, sepatutnya serai itu dikerat terlebih dahulu, dibuang lapisan kemudian diketuk barulah dimasukkan ke dalam air.

Hantaran tersebut telah meraih sebanyak 1,900 ciap semula, 3,238 tanda suka dan 201,000 tontonan semula setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI