fbpx

China dikecam edar ubat tradisional cegah Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur di farmasi untuk membeli ubatan di Nanjing, wilayah Jiangsu, 20 Disember lalu. - AFP

BEIJING – Pihak berkuasa China dikecam kerana mengedarkan ubat tradisional bagi merawat jangkitan Covid-19, lapor laman berita Wion News semalam.

Akhbar South China Morning Post melaporkan bahawa pemerintah China meningkatkan pengeluaran dan pengedaran ubat tradisional seperti Lianhua Qingwen untuk membendung penularan Covid-19.

Ubat tradisional itu telah digunakan secara meluas di negara tersebut dan ia dilaporkan mempunyai beberapa kelebihan dalam rawatan Covid-19 namun, tiada bukti yang menyokong dakwaan tersebut buat masa ini.

Ia juga terkenal dengan penggunaannya dalam rawatan influenza dan didakwa membantu membersihkan haba yang berlebihan, membuang toksin, meningkatkan pengudaraan paru-paru dan mengeluarkan haba dari tubuh badan.

Laporan akhbar tersebut menyebut bahawa beberapa wilayah China mengedarkan puluhan ribu kotak ubat kepada penduduk.

Pengagihan setengah juta kotak ubat itu juga telah diluluskan oleh pasukan petugas khas pada minggu lalu di wilayah barat daya Yunnan. 

China kini menghadapi gelombang terbaharu Covid-19 disebabkan oleh peningkatan mendadak jangkitan virus korona.

Ia dipercayai berlaku selepas Beijing melonggarkan strategi sifar Covid pada bulan lalu. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI