fbpx

Penyatuan Masdo, The Changcuters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUGIRAN Masdo dan The Changcuters akan berkongsi pentas di Zepp KL pada 29 Disember ini.

“TIDAK akan menghampakan.” Demikian janji Kugiran Masdo untuk persembahan mereka pada konsert Kugiran Masdo x The Changcuters yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur (KL) pada 29 Disember, Khamis ini.

Konsert tersebut merupakan gabungan pertama dua band berkenaan yang masing-masing popular dengan muzik pop yeh yeh dan rock & roll.
Menurut Ali Sariah selaku vokalis Masdo, dapat bergandingan bersama band ternama dari Indonesia itu merupakan satu hal yang sudah lama diimpikan mereka.

“Ini memang impian yang sudah lama kami simpan dan akhirnya akan terlaksana dalam dua hari lagi.
“Zepp KL menjadi saksi dua genre muzik bersatu sekali gus meninggalkan pengalaman yang luar biasa kepada peminat kami,” katanya.

Tambah Ali, peluang untuk sepentas bersama band yang popular menerusi lagu Rachun Dunia itu dijadikan sebagai serampang dua mata mereka melebarkan sayap buat pencinta muzik dari Indonesia.

“Selain pertama kali berganding bersama, kami memandang konsert ini sebagai platform untuk melebarkan sayap muzik Masdo ke Indonesia dengan lebih luas.

“Bukan mudah untuk membolos industri muzik di sana dan konsert ini semestinya satu peluang keemasan,” jelasnya.

Dalam pada itu, menurut pemain bass, Putu Ceri atau Ahmad Azanol Khushairie, perbezaan dua genre muzik yang diketengahkan Masdo dan The Changcuters merupakan kelainan yang akan diketengahkan mereka.

Katanya, Masdo mengetengahkan irama pop yeh yeh, manakala The Changcuters pula rock & roll.

“Bukan sahaja boleh membuatkan dua kugiran ini bersatu tetapi pada masa sama dapat menghimpunkan ribuan peminat yang menjadi tulang belakang kami selama ini.

“Meskipun menghidangkan dua genre muzik berbeza, kami akan pastikan tiada istilah over shadow antara satu sama lain,” ujarnya.

Melepas rindu

Berpeluang berinteraksi menerusi temu bual secara maya baru-baru ini, The Changcuters tidak dapat menyembunyikan rasa teruja dapat beraksi sepentas bersama Masdo yang disifatkan sebagai antara kumpulan muzik hebat di Malaysia.

Malah, kumpulan yang dianggotai Mohammad Tria Ramadhani selaku vokalis, Muhammad Iqbal atau Qibil (gitaris), Arlanda Ghazali Langitan (gitaris), Dipa Nandastyra Hasibuan (bass) dan Erick Nindyoastomo (drummer) itu juga tidak sabar untuk bertemu semula dengan peminat di Malaysia.

“Banyak yang kami ingin berikan kepada peminat di Malaysia sejak kali terakhir mengadakan konsert di sana sekitar 2016.

“Sekurang-kurangnya dapat melepaskan rindu dan mendendangkan lagu yang belum pernah diperdengarkan buat peminat di Malaysia.

“Malah, peluang untuk bergabung bersama Masdo merupakan idea yang hebat. Mereka salah sebuah kugiran Malaysia yang memberi pengalaman muzik terbaik,” kata Tria.

Band yang ditubuhkan pada 2004 tersebut mencipta populariti dengan deretan lagu hit mereka yang mencandu jiwa peminat lokal.

Antara karya yang menaikkan nama mereka di sini adalah Para Idaman Wanita, Hey Nona, Senandung Pertemanan dan Resep Anti Patah Hati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI