fbpx

Tiada lagi rezeki ‘durian runtuh’ buat penghantar makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirul menunggu tempahan perkhidmatan makanan daripada pelanggan di Bandar Puchong Jaya, Puchong, Selangor baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Pendapatan kebanyakan penghantar makanan dan barangan terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat pandemik Covid-19 dilaksanakan bermula 10 Jun lalu.

Seorang pemuda yang mahu dikenali sebagai Toriq Ahmad berkata, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, ia bagaikan ‘durian runtuh’ buat penghantar makanan dan barangan.

Katanya, sepanjang tempoh itu, dia menerima banyak tempahan apabila orang ramai lebih memilih untuk menggunakan perkhidmatan penghantar makanan kerana bimbang dijangkiti Covid-19 jika kerap keluar rumah.

“Sebelum ini kami tidak cukup masa untuk ambil semua tempahan, namun selepas PKPP dilaksanakan, jumlah pesanan menurun secara drastik.

“Ketika PKP, saya boleh dapat sehingga 50 pesanan dengan pendapatan RM250 sehari, tetapi sekarang nak capai 10 pesanan pun sukar. Upah yang diterima kira-kira RM60 sehari,” katanya.

Penghantar barangan di sebuah syarikat kurier, Muhamad Apid Tukiran, 25, berkata, pendapatannya turut terjejas ekoran jumlah pesanan penghantaran barangan daripada pelanggan semakin berkurangan ketika PKPP.

“Ketika PKP mula dilaksanakan, pendapatan bulanan saya mampu mencecah RM4,000.

“Bagaimanapun, sekarang sa­ya hanya menerima gaji pokok,” ujarnya.

Seorang penghantar makanan sepenuh masa, Amirul Amin Abd. Aziz, 24, berkata, selain kekurangan pesanan, dia juga terpaksa bersaing dengan pemandu ken­deraan e-hailing.

“Sekarang ramai pemandu e-hailing juga menjadi penghantar makanan kerana tiada penumpang, jadi persaingan dalam perkhidmatan ini lebih sengit. Ini adalah antara faktor terjejasnya pendapatan kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI