fbpx

Bekalan air 472 kawasan dijangka pulih Selasa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Gangguan bekalan air di semua 472 kawasan terjejas di Lembah Klang dijangka pulih sepenuhnya pada Selasa ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan bekalan air bersih mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna kira-kira pukul 2 petang tadi.

“Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi masing-masing kembali beroperasi pukul 8.30 pagi dan 2.30 petang tadi.

“Gangguan bekalan di lima wilayah  dijangka akan pulih sepenuhnya pada pukul 6 pagi Selasa ini,” kata kenyataan itu.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan air pada sistem agihan.

Terdahulu, siasatan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati insiden berpunca tumpahan cecair daripada lori yang membawa muatan pati minyak wangi terbabit kemalangan di Kilometer 44.1 Lebuhraya Elite berdekatan Bandar Serenia iaitu sekitar enam kilometer dari sempadan Selangor.

Insiden berkenaan menyebabkan lebih sejuta penduduk di 472 kawasan sekitar Selangor dan Putrajaya terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI