fbpx

Seluruh negara alami kekurangan bekalan telur, minyak, tepung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SENATOR Fuziah Salleh (dua dari kanan) melakukan pemantauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas di sebuah pasar raya di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Sekurang-kurangnya 1,220 premis perniagaan di seluruh negara berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan telur ayam, minyak masak paket dan tepung gandum.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh berkata, data berkenaan diperoleh sepanjang pelaksanaan Ops Terjah bermula 16 Disember lalu.

“Data yang diperoleh semasa pelaksanaan Ops Terjah akan dianalisa untuk memastikan masalah kekurangan bekalan berlaku secara menyeluruh atau mengikut lokasi.

“Sebanyak 4,730 premis di seluruh negara telah diperiksa sepanjang Ops Terjah dan 1,220 premis didapati mempunyai masalah kekurangan bekalan komiditi terbabit,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas melakukan pemantauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas di beberapa lokasi di daerah ini, hari ini.

Fuziah berkata, melalui dapatan daripada Ops Terjah itu juga, pihaknya akan mengambil langkah perlu untuk memastikan kestabilan bekalan barangan di pasaran.

“Kita juga mahu mengenal pasti kecekapan penyaluran atau pengedaran bekalan dari pengeluar kepada pembekal atau pemborong sebelum sampai kepada peruncit dan pengguna,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI