fbpx

Lelaki diberkas selepas bergambar bersama senapang mainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chandrakant menggunakan kesan-kesan khas visual dalam video tersebut bagi menjadikan ‘tembakan’ kelihatan nyata. – NDTV

NEW DELHI – Seorang lelaki di India ditahan selepas bergambar bersama ‘senjata api’ di sebuah laluan lebuh raya yang baru dibuka, sebelum polis kemudian mendapati ia sebenarnya senapang mainan, lapor saluran berita NDTV kelmarin.

Lelaki dari negeri Maharashtra itu diburu polis selepas sebuah video yang dikongsikan pada 14 Disember lalu memaparkan dia memegang senjata api tersebut dan melepaskan ‘tembakan’ ke udara.

Disebabkan kesan-kesan khas visual yang digunakan, tembakan itu kelihatan asli dan senapang tersebut dilihat menyerupai senjata api sebenar.

Selepas video tersebut menjadi tular, polis melancarkan gerakan memburu lelaki berkenaan.

Nombor pendaftaran kenderaannya dikesan dan ia didapati milik lelaki bernama Chandrakant Gaikwad.

Lelaki tersebut kemudian ditahan dan kenderaannya disita.

Ketika siasatan dijalankan, polis mendapati bahawa senjata api tersebut sebenarnya merupakan senapang mainan. 

Chandrakant juga dikatakan telah meminta bantuan rakannya untuk memasukkan kesan-kesan khas ke dalam video berkenaan.

Insiden tersebut berlaku ketika trend orang ramai bergambar bersama senjata api dan memuat naik di media sosial menjadi popular di India, menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan banyak amaran yang melarang pengguna memuat naik hantaran seperti itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI